KUALA LUMPUR 23 Sept. – Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) menawarkan geran-geran pembangunan perniagaan sehingga RM500,000 menerusi program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb). Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kanan (Keusahawanan & Pembangunan Perniagaan) Teraju, Megat Mohd. Yatim Megat Hamid berkata, bagi permohonan fasa pembentukan dan pembangunan idea atau prototaip akan berpeluang menerima geran pembangunan perniagaan berjumlah sehingga RM100,000. Katanya, manakala, perniagaan yang sudah berada di fasa prakomersial atau pengkomersialan…










