KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah hari ini dimasyhur sebagai Canselor Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS). Istiadat pemasyhuran itu berlangsung serentak dengan Konvokesyen ke-18 KUIPSAS 2019 yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selaku Pro Canselor KUIPSAS mengumumkan pemasyhuran Tengku Hassanal selaku Canselor sebelum menyarungkan jubah sebagai…










