SERDANG 30 Sept. – Tawarkan pekerjaan berkualiti dan bergaji lumayan untuk menarik minat graduan dan orang muda menceburi bidang pertanian, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin. Beliau berkata, pertanian adalah sektor yang sangat penting dan memerlukan tenaga kerja dan pakar terutama orang muda untuk melonjakkan sektor itu. “Saya mohon supaya para pengusaha memberi peluang pekerjaan yang berkualiti. Mereka (graduan) bukan pekerja asing atau kos buruh,…









