KUALA BERANG 2 Sept. – Kerajaan negeri Terengganu disaran mengambil tindakan proaktif dalam menjadikan kawasan Tasik Kenyir sebagai Taman Geo (Geo-Park) bagi memastikan warisan semula jadi serta kesan sejarahnya terus kekal. Pengerusi Program Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Hazman Samsudin berkata, tindakan itu juga mampu menjana pendapatan penduduk sekitar menerusi aktiviti eko-pelancongan. Beliau berkata, pelan menjadikan Tasik Kenyir sebagai Taman Geo wujud sejak 2011,…










