KUANTAN 24 Sept. – Tarian Labi-Labi adaptasi daripada gerakan haiwan labi-labi akan diperkenalkan sebagai produk pelancongan Pahang sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020). Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pahang, Dayang Kartini Awang Bujang berkata, keunikan dan tarikan yang ada pada tarian Labi-Labi mempunyai potensi besar untuk dijadikan salah satu produk seni budaya Pahang. Menurutnya, tarian yang popular di daerah Pekan dan Rompin itu kini diwarisi generasi baharu…










