Berikut nukilan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin: Berpulangnya Allahyarham Datuk Wira Dr. Mohamad Farid Mohamad Rafik adalah kepulangan yang menyedihkan. Saya dan seluruh rakan-rakan kepimpinan dalam UMNO mengucapkan takziah dan rasa dukacita yang sangat mendalam kepada keluarga besarnya. Semoga Allah menempatkan Allahyarham di tempat paling baik disisi-Nya. Kepada bonda Allahyarham, Puan Norma Mohammad, yang semua kami kenali, insyaAllah anakandanya Husnul Khotimah jua. Dengan pendidikan yang baik, peribadinya…










