Pada pendapat saya, apa yang lebih penting bagi Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) ialah mengisi jawatan Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial yang kosong ekoran kematian Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik secepat mungkin dengan seorang tokoh muda berwibawa. Perkara ini amat penting memandangkan negara kita sekarang sedang menghadapi pelbagai masalah yang serius dari segi gugatan yang dibuat ke atas perpaduan rakyat dan keharmonian negara, sama ada antara…










