KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kerajaan diminta untuk menangguhkan dahulu pelaksanaan pendaftaran baharu kontraktor G1 (bumiputera) meskipun selepas 14 tahun dibekukan. Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan berkata, ini kerana, pelaksanaan itu akan menyebabkan lebih banyak kontraktor tidak mempunyai pekerjaan memandangkan kontraktor sedia ada masih berdepan dengan masalah kekurangan projek. Katanya, perkara tersebut memerlukan kajian secara menyeluruh bagi memastikan masalah kontraktor tidak mendapat pekerjaan dapat…










