PUTRAJAYA 24 Sept.- Tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap aspek penjagaan alam sekitar dilihat masih rendah dan sekali gus memberi kesan buruk kepada kesihatan awam. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sehubungan itu cara hidup masyarakat negara ini memerlukan perubahan drastik terutamanya melibatkan aspek pemuliharaan alam sekitar. Beliau menjelaskan, pelbagai langkah yang dibuat walaupun bersifat strategik tidak akan bermakna sekiranya tiada sokongan dan kerjasama rakyat sendiri. “Antara peranan yang…










