SUNGAI PETANI – Sepasang suami isteri maut manakala anak lelaki mereka parah dalam kejadian langgar lari membabitkan sebuah motosikal dan lori di Kilometer 99.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 malam itu, mangsa, Jamaludin Musa, 51, dan isterinya, Rapidah Ahmad, 46, maut di tempat kejadian akibat digilis kenderaan berat tersebut. Jamaludin dan Rapidah masing-masing cedera parah pada kepala dan perut. Anak mereka, Muhammad…










