COLCHESTER, United Kingdom 25 Sept. – Mauricio Pochettino mendakwa, Tottenham dibarisi ramai pemain yang masih ‘tergantung’ selepas mereka dimalukan oleh kelab divisyen empat, Colchester pada pusingan ketiga Piala Liga hari ini. Skuad bimbingan Pochettino itu tersingkir menerusi penentuan sepakan penalti 3-4 selepas diikat 0-0 dalam aksi sebenar. Tendangan Christian Eriksen diselamatkan penjaga gol lawan manakala sepakan Lucas Moura terkena palang gol. Perancang utama Denmark, Eriksen antara yang berdepan masa depan…










