PENGKHIANAT negara. Begitulah perkataan yang boleh digambarkan ke atas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang yang bersekongkol dengan sindiket menjual MyKad. Mereka dilaporkan menerima sejumlah wang antara RM100,000 dan RM600,000 hasil jualan MyKad kepada warga asing. Kelolosan dalam sistem pendaftaran negara ini amat membimbangkan. Ia menunjukkan terdapat individu yang mempunyai hubungan dan saluran dengan sindiket antarabangsa. Kebarangkalian juga terdapat dalang lain yang beroperasi di sebalik tabir dan berkemungkinan memegang…










