LONDON – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer enggan mengkritik barisan para pemainnya selepas menanggung kekalahan 0-2 kepada West Ham United kelmarin. Menurutnya, sikap yang dipamerkan oleh keseluruhan pemainnya sepanjang perlawanan itu sangat baik cuma beberapa kualiti dalam membuat keputusan menyebabkan mereka gagal meraih kemenangan pada aksi di Stadium London itu. Jaringan menerusi Andriy Yarmolenko dan Aaron Cresswell menyaksikan United tewas, malah bekas kapten United, Roy Keane menyifatkan kekalahan itu…










