KUALA LUMPUR 24 Sept. – Pengambilan snek bernutrisi dengan cara yang betul mampu mengawal tabiat pemakanan secara berlebihan di samping mengekalkan pengambilan diet yang seimbang. Ketua Program Nutrisi dan Kesejahteraan, Fakulti Sains Gunaan Terapan Universiti UCSI, Dr. Satvinder Kaur berkata, pengambilan snek yang baik dapat meningkatkan tenaga dan membantu mengawal keseimbangan diet yang diperlukan oleh badan. “Penyelidikan membuktikan bahawa kesedaran pengambilan makanan seharian dapat mengawal pemakanan secara berlebihan dan kecenderungan…










