KUALA LUMPUR 19 Sept.- Satu sindiket yang terlibat dalam kegiatan pengedaran rokok seludup bernilai RM5 juta di sekitar Lembah Klang tumpas apabila enam lelaki ditahan di Puchong, dekat sini, semalam. Kesemua mereka yang ditahan ialah masing-masing tiga lelaki tempatan dan warganegara Myanmar. Hasil penahanan kesemua suspek berusia 24 sehingga 52 tahun itu, sebanyak 21, 800 rokok putih dan 11,130 keretek turut dirampas. Selain itu, turut dirampas sebuah lori jenis Hino…









