KUANTAN 24 Sept. – Sukan silat, menembak dan memanah menjadi acara sasaran Pahang bagi meraih pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung di Johor tahun depan. Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP), Mohamed Rashdan Mohamed Razali berkata, sasaran itu diletakkan berdasarkan pencapaian cemerlang atlet negeri ini dalam acara berkenaan pada beberapa kejohanan yang disertai sebelum ini. Beliau berkata, pada masa ini, MSP sedang menilai pasukan yang akan mewakili Pahang…










