PUTRAJAYA 24 Sept. – Malaysia akan beralih kepada siaran TV Digital myFreeview sepenuhnya daripada siaran TV percuma menggunakan teknologi lama analog pada 31 Oktober ini, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). SKMM berkata, peralihan siaran TV analog ke TV Digital myFreeview akan bermula di wilayah Tengah dan Selatan pada 30 September, wilayah Utara dan Timur pada 14 Oktober, manakala Sabah dan Sarawak pada 31 Oktober. SKMM berkata, siaran TV…










