KUALA LUMPUR 26 Sept. – Sedar bahawa agihan hak penyiaran amat penting dan menjadi sumber pendapatan utama bagi kebanyakan pasukan, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sedia membantu Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mencari penaja untuk mendapatkan dana tambahan pada musim akan datang. Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, kebanyakan persatuan dan kelab bola sepak yang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) bergantung kepada hak penyiaran bagi menampung perbelanjaan…










