JAKARTA – Ramai pelancong asing yang menempah pakej pelancongan ke Indonesia bertindak membatalkan rancangan percutian mereka berikutan kebakaran hutan di Kalimantan dan Riau, demikian menurut portal berita tempo.co seperti dilaporkan akhbar Jakarta Post kelmarin. Ketua Pusat Krisis Pelancongan di bawah Kementerian Pelancongan, Guntur Sakti memberitahu tempo.co bahawa pelancong dari Malaysia dan Singapura membatalkan rancangan untuk melawat gugusan kepulauan Indonesia disebabkan api masih marak. “Terdapat laporan dari Riau, sebagai contoh, memaklumkan…










