SHAH ALAM 13 Sept.- Bekas teman lelaki kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang terlibat dengan penularan video aksi lucah yang tular di media sosial baru-baru ini direman selama empat hari. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 22 tahun yang bekerja sebagai juruteknik kilang itu direman bermula hari ini bagi membantu siasatan. Menurut Fadzil, pihaknya turut merampas dua telefon bimbit milik lelaki berkenaan…










