JERANTUT 23 Sept. – Ikan tapah seberat 45 kilogram ditangkap menggunakan joran oleh seorang pemancing yang berkunjung ke Kampung Pagi di Hulu Tembeling dekat sini kelmarin. WONG menunjukkan ikan tapah seberat 45 kilogram yang dipancing di Lubuk Palembang, Kampung Pagi, Jerantut. Pemancing dikenali sebagai Wong itu berkata, dia bersama pemilik Chalet Terapung, Adenan Nipah dan tiga rakannya menaiki bot penambang pada pukul 5.30 petang untuk memancing di Lubuk Palembang, Sungai…










