KUALA LUMPUR 3 Sept. – Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di Bursa Malaysia didagangkan tinggi pada sesi awal hari ini, didorong oleh jangkaan bahawa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan mengumumkan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) baharu bulan ini. Pada 11.14 pagi, harga saham meningkat tujuh sen kepada RM8.30 dengan 406,900 saham bertukar tangan. Dalam nota penyelidikan hari ini, RHB Research berkata, PSC baharu yang akan dilaksana pada 1 Januari 2020,…









