KUANTAN 26 Sept. – Akibat terpedaya dengan taktik Macau Scam yang berjanji akan memulangkan kembali wangnya, seorang lelaki di Mentakab, Temerloh terpaksa berputih mata apabila kerugian RM129,000 ditipu sindiket itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada 23 Ogos lalu, mangsa berusia 59 tahun dan bekerja sendiri menerima panggilan telefon dari individu yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai Public Bank di sebuah bank di Negeri Sembilan.…









