KEPALA BATAS 23 Sept. – Lebih setengah juta ringgit wang simpanan termasuk Amanah Saham Bumiputera; duit pencen dan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lesap ditipu sindiket menerusi panggilan telefon. Itu nasib yang dilalui seorang pesara kerajaan wanita berumur 61 tahun di sini selepas menjadi mangsa terbaharu sindiket ‘Telephone Scam’ semalam dengan kerugian keseluruhan RM575,350. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, mangsa pada mulanya…










