LEBIH dua dekad kekal relevan dalam industri, sudah tiba masanya buat kumpulan Ruffedge melahirkan bakat-bakat baharu sebagai pelapis mereka pada masa akan datang. Misi memburu bakat-bakat muda ini adalah salah satu perjuangan yang juga dianggap sebagai bakti Ruffedge untuk industri muzik tempatan. Dalam perancangan, Ruffedge yang dianggotai oleh Cat Farish, Azan Addin, Syed Hussein, Zain Hamid, Mode Abdullah dan Amer Munawir mahu memulakan misi pertama itu di institusi pengajian tinggi…










