KUALA LUMPUR – Penyanyi lagu patriotik, Roy dan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt menjadi antara peserta dalam pertandingan realiti nyanyian Gegar Vaganza musim ke-6 (GV6). Roy atau nama sebenarnya Mohamed Razuan Alwi, 55, berkata, dia bersetuju menyertai GV6 kerana mahu mengubat rindu kepada peminat di pentas secara langsung. “Saya tidak terlalu fikir soal bertanding tetapi saya akan berikan yang terbaik,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media GV6 di The…










