KUALA PILAH 21 Sept. – Peruntukan bagi pembangunan agama Islam di Negeri Sembilan dijangka bertambah sebanyak RM3 juta pada tahun depan menjadikan jumlah keseluruhannya RM20 juta, berbanding lebih RM17 juta tahun ini. DATUK SERI AMINUDDIN HARUN Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harum berkata, perkara itu akan dimasukkan ke dalam bajet negeri bagi tahun 2020, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan negeri. “Dengan peruntukan besar ini kita berharap ia akan menyumbang kepada…










