Ukraine import dron Taiwan - Utusan Malaysia

Ukraine import dron Taiwan

DRON Taiwan kini mendapat pasaran memberangsangkan di Ukraine. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Eksport dron Taiwan kini berkembang pesat didorong oleh perang di Ukraine ketika syarikat Taiwan berusaha mendapatkan tempat dalam pasaran global kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) yang berkembang pantas.

Dron kos rendah yang digunakan untuk peninjauan dan serangan kini mendapat permintaan tinggi apabila kerajaan di seluruh dunia meningkatkan perbelanjaan pertahanan susulan konflik yang semakin memuncak.

Sebagai pemain yang agak baharu dalam industri yang semakin kompetitif itu, Taiwan menawarkan dirinya sebagai hab Asia bagi pengeluaran UAV dan komponen bebas bahan dari China,

Ini bermakna UAV Taiwan boleh menjadi sehingga tiga kali lebih mahal berbanding pesaing dari China seperti DJI, pengeluar dron terbesar dunia yang mendapat kelebihan daripada skala pengeluaran besar-besaran mereka.

Namun, syarikat Taiwan mencatat lonjakan jualan apabila pencerobohan besar-besaran Russia ke atas Ukraine  di mana dron digunakan secara meluas oleh kedua-dua pihak  meningkatkan permintaan.

Sekatan eksport dron oleh China dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga membuka peluang kepada firma Taiwan, yang sebelum ini bergelut mendapatkan jualan mencukupi di pasaran domestik.

Eksport dron Taiwan melonjak kepada 181,159 unit dalam empat bulan pertama tahun ini, hampir 20 kali ganda lebih tinggi berbanding tempoh sama pada 2025, malah melebihi jumlah keseluruhan tahun lalu, menurut data perdagangan rasmi.

Sebahagian besar eksport itu dihantar ke Republik Czech diikuti Poland.

Pengerusi AeroSoarX, Max Lo, yang menghasilkan dron ketenteraan dan dwiguna berkata, syarikat Taiwan perlu mencari pasaran luar negara untuk terus bertahan.

Walaupun Taiwan sedang cuba membina industri dron domestik, kelewatan kelulusan bajet di parlimen yang dikuasai pembangkang menyebabkan tempahan kerajaan tidak berkembang seperti yang diharapkan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN