Lemang Sarawak jadi tumpuan, dapat tempahan dari Singapura

Lemang Sarawak jadi tumpuan, dapat tempahan dari Singapura

ADNAN Ibrahim memasak lemang Sarawak yang turut menerima tempahan pembeli dari Singapura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Kedatangan Hari Ra­ya Aidiladha membawa lim­pahan rezeki bagi pengusaha lemang Sarawak apabila menerima tempahan pembeli dari Singapura.

Menurut Adnan Ibrahim, 57, bagi memenuhi permin­taan pembeli, dia dibantu anak-anak dan pekerja menyediakan kira-kira 1,000 batang lemang Sarawak yang mempunyai keunikan dan citarasanya tersendiri sempena hari raya Aidiladha ini.

Katanya, dia tidak menyangka perniagaan yang dija­lankan berhampiran bulatan Institut Penyelidikan dan Ke­majuan Pertanian Malaysia (Mardi) di bandar ini, sejak 2005 semakin mendapat sambutan.

“Kebiasaannya, saya ba­nyak tumpukan menjual lemang Sarawak ini menjelang Hari Raya Aidilfitri termasuk menyiapkan tempahan untuk rumah terbuka sepanjang Syawal. Ia dijual pada harga RM15. RM20 dan RM25 mengikut saiz.

“Tak sangka pula untuk Aidiladha ini ada pelanggan yang menghubungi untuk membuat tempahan. Daripada 1,000 batang lemang yang akan disiapkan, 400 daripa­da­nya untuk pelanggan dari Si­ngapura,” katanya.

Menurut Adnan, resipi dan cara pembuatan lemang Sa­ra­wak sedikit berbeza de­ngan lemang tradisi yang biasa dimakan di Semenanjung menjadikannya unik dan ada penggemarnya sendiri.

Pesara tentera itu berkata, ini merupakan resipi turun temurun yang dipelajari dari arwah bapanya yang merupakan anak jati Sarawak.

“Saya belajar resipi ini sejak dari bangku sekolah lagi dan mula menjualnya secara sambilan ketika berada dalam tentera.

“Sebaik sahaja bersara selepas 22 tahun dalam perkhidmatan, saya mula berniaga secara sepenuh masa sejak 2010. Alhamdulillah, perniagaan ini semakin maju dan mula dapat permintaan pelanggan dari Singapura sejak tiga tahun lalu,” ujarnya.

Selain lemang, Adnan turut menjual makanan tradisional seperti burasak dan lepat loi serta rendang daging. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN