KUALA LUMPUR 23 Sept. – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar mematuhi larangan ketika berada di kawasan yang dipasang notis makluman potensi risiko renjatan elektrik. Ia berikutan, akhbar pada Jumaat lalu melaporkan seorang pelajar maut akibat renjatan elektrik ketika mengait umpan tiruan yang tersangkut pada kabel elektrik di Bachok, Kelantan. TNB memaklumkan, mangsa berada di bawah talian bervoltan tinggi yang terdedah kepada renjatan elektrik dan percikan arka (flashover).…










