Selepas 9 jam, bekas menteri selesai beri keterangan hari kedua di SPRM

Selepas 9 jam, bekas menteri selesai beri keterangan hari kedua di SPRM

KENDERAAN yang membawa bekas menteri dilihat keluar dari ibu pejabat SPRM di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas hampir 9 jam, seorang bekas menteri selesai memberi keterangan hari kedua kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama berhubung siasatan kes rasuah.

Kenderaan berwarna putih yang membawa beliau dilihat keluar dari perkarangan Ibu Pejabat SPRM pada pukul 6.55 petang tadi

Difahamkan, proses rakaman keterangan itu tidak akan disambung esok.

Terdahulu, individu berkenaan hadir ke ibu pejabat SPRM pada pukul 10.01 pagi.

Semalam, bekas menteri itu dilaporkan berada di Ibu Pejabat SPRM lebih tujuh jam bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan penerimaan wang rasuah kira-kira RM5 juta serta sebuah kereta mewah jenis Lamborghini.

Siasatan berkenaan dipercayai berkait projek papan iklan serta urusan pemindahan tanah di ibu negara.

Media sebelum ini melaporkan, kereta mewah berkenaan didakwa diterima daripada sebuah syarikat pembuat papan iklan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini mengesahkan siasatan dibuka mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×