KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya pada minggu lepas apabila dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, dipacu oleh sentimen positif terhadap mata wang tempatan itu. Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada paras 4.1850/1890 berbanding dolar AS daripada 4.1860/1900 pada Jumaat. Seorang peniaga berkata, walaupun sentimen dolar lebih baik, permintaan terhadap ringgit kekal ketara selepas FTSE Russell memutuskan untuk mengekalkan Malaysia dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI), bersama dengan…










