Dua pemandu lori hantar air maut ditembak Israel di Gaza

Dua pemandu lori hantar air maut ditembak Israel di Gaza

IBU dan kanak-kanak berdiri dekat kontena semasa menunggu untuk mendapatkan bekalan air di Gaza, 10 April lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR GAZA: Dua pemandu lori yang dalam tugasan menghantar bekalan air untuk Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) maut ditembak oleh tentera Israel di utara Gaza, menurut kenyataan agensi itu pada Sabtu.

Menurut UNICEF, ia berasa berang terhadap insiden yang berlaku pada Jumaat yang meragut nyawa dua pemandu lori yang dikontrak untuk membekalkan air bersih kepada keluarga di Gaza.

Insiden itu berlaku di pusat pengisian air Mansoura di utara Gaza. Ia merupakan satu-satunya pusat pengisian lori yang masih beroperasi bagi bekalan air Mekorot untuk kegunaan Bandar Gaza.

“Insiden yang turut menyebabkan dua individu lain cedera itu berlaku ketika operasi rutin penghantaran air dijalankan, tanpa sebarang perubahan pada pergerakan atau prosedur,” jelas kenyataan itu lagi. 

Ketika dihubungi AFP, pihak tentera Israel mendakwa bahawa anggota mereka melihat ‘dua lelaki bersenjata’ menghampiri kawasan Garisan Kuning. Ia merupakan garisan yang menandakan sempadan kawasan di bawah kawalan Israel lalu bertindak melepaskan tembakan.

Pihak tentera memaklumkan bahawa insiden tersebut kini sedang di bawah siasatan mereka. Pusat pengisian air Mansoura dilaporkan digunakan beberapa kali sehari oleh UNICEF dan rakan kemanusiaan lain.

Susulan kejadian itu, semua aktiviti di pusat pengisian tersebut telah digantung. Pihak UNICEF mendesak pihak berkuasa Israel untuk segera menyiasat insiden berkenaan dan memastikan mereka yang terlibat dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

“Pekerja kemanusiaan, penyedia perkhidmatan penting dan infrastruktur awam termasuk kemudahan air yang kritikal tidak boleh sesekali dijadikan sasaran. Perlindungan terhadap orang awam dan mereka yang menyampaikan bantuan penyelamat nyawa adalah satu kewajipan di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata UNICEF. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN