KUALA LUMPUR 25 Sept. – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan ketidaktentuan global khususnya kebimbangan yang semakin meningkat terhadap ketegangan perdagangan AS-China, selain penurunan harga minyak mentah global. Pada 9 pagi, unit tempatan susut kepada 4.1830/1860 berbanding dolar AS daripada 4.1800/1830 ketika ditutup semalam. Peniaga berkata, sentimen pasaran global masih tidak banyak berubah disebabkan kemelut perdagangan berpanjangan antara kedua-dua kuasa ekonomi itu yang telah menyebabkan…










