KUALA LUMPUR 3 Sept. – Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal pagi ini berikutan permintaan yang lebih lemah, seiring dengan penyusutan harga minyak global. Pada 9.04 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.2200/2250 berbanding dolar AS daripada 4.2030/2080 pada Jumaat lepas. Seorang peniaga berkata, harga minyak jatuh selepas tarif import baharu yang dikenakan oleh AS dan China berkuat kuasa pada Ahad. “Ini menimbulkan ketidakpastian di pasaran…










