KUALA LUMPUR 26 Sept. – Ringgit meneruskan aliran penurunan berbanding dolar AS berikutan pelabur mengumpul lebih banyak pegangan dalam mata wang Amerika Syarikat itu selepas Presiden AS Donald Trump menyatakan perang perdagangan antara Washington dan Beijing akan berakhir tidak lama lagi. Pada 9.08 pagi, unit tempatan berada pada 4.1930/1970 berbanding dolar AS daripada 4.1880/1920 semasa ditutup semalam. Peniaga berkata penurunan harga minyak turut mempengaruhi ringgit. Pada 9.25 pagi, minyak mentah…










