KUALA LUMPUR 4 Sept. – Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini berikutan permintaan lebih baik terhadap unit tempatan itu susulan pengumuman data pembuatan AS yang lemah. Pada 9.04 pagi, ringgit berada di paras 4.2120/2180 berbanding dolar AS daripada 4.2200/2250 sewaktu ditutup semalam. Seorang peniaga berkata buat pertama kalinya, aktiviti pembuatan AS bagi Ogos merosot dalam tempoh tiga tahun dengan mencatat angka 49.1 berbanding…










