KUALA LUMPUR 30 Sept. – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Kemajuan Industri, Kerohanian dan Budaya (OISCA) International Malaysia. Surat pelantikan diserahkan oleh Timbalan Presiden OISCA International, Toshiro Nakano ketika kunjungan Rina ke ibu pejabat OISCA International di Tokyo, Jepun. Menurut Kementerian Pembangunan Luar Bandar, pelantikan ini akan merancakkan lagi kerjasama antara Majlis Amanah Rakyat (Mara) di bawah kementerian itu dengan OISCA International…










