KEMAMAN – Perintah reman terhadap seorang suri rumah bagi membantu siasatan kematian bayi perempuannya berusia tiga bulan pada 11 September lalu dilanjutkan selama tujuh hari lagi sehingga Rabu depan. Perintah tambahan reman itu dibenarkan Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri di Mahkamah Majistret Kemaman di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, lanjutan reman itu diperlukan bagi melengkapkan siasatan kes kematian bayi perempuan terbabit. “Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. Kosmo! Online 11 September…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya