RANTAU PANJANG 29 Sept. – Golongan remaja dan wanita yang tinggal di kawasan sempadan dikesan mengambil upah dan bertindak sebagai ‘tonto’ dengan membekalkan maklumat pergerakkan anggota penguatkuasa kepada penyeludup. Komander Operasi Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan Superitenden Azhari Nusi berkata, aktiviti itu dapat dilihat di sekitar kawasan Pengkalan Kubor, Tumpat. Menurutnya, taktik itu merupakan modus operandi terbaharu kumpulan penyeludup bagi memastikan kegiatan haram mereka tidak dapat dihidu anggota…










