TANAH MERAH 23 Sept. – Seorang remaja dipercayai penyeludup ketum maut selepas kereta Proton Waja yang dinaiki terlibat dalam kemalangan berdekatan simpang empat Kampung Yap Boon Yang di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Tanah Merah, DSP Suzaimi Mohamad berkata, dalam kejadian 5.50 pagi itu, mangsa berumur 16 tahun maut di tempat kejadian selepas kereta yang dinaiki dengan muatan daun ketum bertembung dengan sebuah lori jenis Isuzu yang membawa…










