MARAN, 19 Sept. – Kejayaan skuad Selangor menguasai permainan dan meledakkan gol pendahuluan meranapkan semangat juang Felda United untuk mencatat kemenangan dalam aksi Kumpulan D di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka di sini, malam tadi. Ketua Jurulatih Selangor, B. Sathianathan mengakui mereka turun ke gelanggang dengan menyedari The Fighters menggalas tekanan besar untuk menang bagi meneruskan kemaraan dan peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan pelawat itu. Beliau juga menyifatkan pasukannya…










