Real mahu dapatkan Pochettino? - Utusan Malaysia

Real mahu dapatkan Pochettino?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 24 Sept. – Real Madrid dilaporkan bersedia untuk memburu jurulatih Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, lapor The Mirror.

Kelab gergasi Sepanyol itu akan menjadikan Pochettino sebagai sasaran No. 1 jika mereka membuat keputusan untuk menggantikan Zinedine Zidane pada musim ini.

Pengendali Real, telah membimbing pasukannya untuk menduduki tangga kedua La Liga Ahad lalu selepas menang ke atas Sevilla, namun kekalahan dalam aksi Liga Juara-Juara kepada Paris Saint-Germain minggu lalu menjadi perbualan sensasi di Bernabeu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pochettino mempunyai ikatan perjanjian sehingga 2018 bersama Spurs dan pernah mengumumkan akan sentiasa komited untuk membangunkan kelab, sekali gus menafikan semua spekulasi yang menlanda dirinya.

Bagaimanapun perkara tersebut langsung tidak menjadi halangan untuk Real mendapatkan Pochettino, dengan Presidennya, Florentino Perez berkata dia merupakan peminat Pochettino.

Jurulatih dari Argentina itu, yang membimbing Spurs mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara dikatakan sangat kecewa dengan pengurusan kelabnya kerana enggan memberikan ruang untuk dia membuat pembelian pemain pada musim lalu.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×