Kejayaan wanita ini dalam bidang perniagaan tidaklah semanis coklat yang dipasarkannya di pasaran. Ada pahit dan getir yang dilalui sepanjang perjalanan bergelar seorang usahawan coklat sebagaimana hari ini. Siapa sangka perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan kini berkembang pesat kerana keenakan rasa coklatnya yang lain daripada biasa. Apa yang dikecapi hari ini melayakkannya bergelar seorang usahawan berjaya. Kisah May Sarah Nadiah Meor Mohamad bukan sahaja membuka mata masyarakat, malah turut memberi…










