Puluhan ribu sertai protes bantah tembakan maut ICE

Puluhan ribu sertai protes bantah tembakan maut ICE

PENUNJUK perasaan membawa plakad semasa berarak membantah kehadiran pegawai ICE serta tembakan maut terhadap Renee Good di Minneapolis, Minnesota.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINNEAPOLIS: Puluhan ribu penduduk berarak di Minneapolis bagi membantah insiden tembakan maut seorang wanita oleh ejen imigresen Amerika Syarikat (AS), dengan lebih 1,000 perhimpunan diadakan di seluruh negara bagi menentang kempen pengusiran pendatang oleh kerajaan Persekutuan.

Kehadiran besar-besaran di Minneapolis serta beberapa bandar utama dan pekan kecil walaupun dalam cuaca beku menunjukkan reaksi kuat orang ramai terhadap kematian Renee Good, 37, yang ditembak oleh pegawai Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) pada Rabu lalu. 

Di Philadelphia, penunjuk perasaan melaungkan sogan mengecam ICE ketika berarak dari Dewan Bandaraya ke satu perhimpunan di luar pusat tahanan persekutuan. Di Manhattan, ratusan orang membawa sepanduk anti-ICE sambil berjalan melepasi mahkamah imigresen, lokasi ejen menahan pendatang selepas perbicaraan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menuntut keadilan untuk Renee. ICE keluar dari komuniti kami dan tindakan daripada pemimpin yang dipilih rakyat. Cukup-cukuplah membuat kekacauan,” kata Pengarah Bersama Kumpulan Advokasi Indivisible, Leah Greenberg kepada Reuters.

Ketua Polis Minneapolis, Brian O’Hara berkata, sebahagian peserta protes menconteng grafiti dan memecahkan tingkap di Hotel Depot Renaissance yang menempatkan pegawai ICE. Di Hotel Hilton Canopy pula, lebih 1,000 orang berkumpul, menyebabkan 29 tangkapan dibuat.

Pemimpin Demokrat Minnesota dan pentadbiran Presiden, Donald Trump dari Parti Republikan memberikan versi yang bercanggah mengenai kejadian tersebut.

Pegawai Minnesota menyifatkan tembakan itu sebagai tidak wajar, dengan merujuk kepada rakaman video orang awam yang menurut mereka menunjukkan kenderaan Good berpatah balik ketika ejen melepaskan tembakan.

Bagaimanapun, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS), yang menyelia ICE, menegaskan ejen tersebut bertindak mempertahankan diri. 

Menurut DHS, Good yang merupakan seorang sukarelawan rangkaian komuniti yang memantau dan merakam operasi ICE di Minneapolis, memandu ke arah ejen selepas seorang lagi ejen menghampiri bahagian pemandu dan mengarahkannya keluar dari kenderaan.

Insiden tembakan pada Rabu itu berlaku tidak lama selepas kira-kira 2,000 pegawai persekutuan dikerahkan ke kawasan St. Paul bagi melaksanakan operasi imigresen terbesar pernah dijalankan, sekali gus memburukkan ketegangan antara kerajaan persekutuan dan pemimpin Demokrat negeri itu.

Ketegangan semakin memuncak pada Khamis apabila seorang ejen Peronda Sempadan AS di Portland, Oregon menembak dan mencederakan seorang lelaki dan seorang wanita di dalam kereta mereka selepas cubaan memberhentikan kenderaan. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×