PETALING JAYA: Penganjur program Glamping With Pride di Hulu Langat, Selangor pada hujung minggu ini dinasihatkan supaya membatalkan atau menghentikan sebarang aktiviti yang mempunyai unsur mempromosi budaya songsang. Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil menegaskan, setiap individu dan golongan yang terlibat dalam program maksiat seperti itu juga perlu dikenakan tindakan tegas dan hukuman berat. “Namun jika ada dalam kalangan yang terlibat ingin bertaubat dan menyesal dalam perbuatan mereka tersebut, ketahuilah…










