HONG KONG – Puluhan ribu penduduk Hong Kong berhimpun menandakan ulang tahun kelima ‘Pergerakan Payung’ iaitu kempen pro demokrasi yang gagal namun menjadi asas bagi protes besar-besaran yang menjadi krisis di hub kewangan ketika ini. Mereka melaungkan slogan dan menyanyikan lagu protes pada taman di luar bangunan Parlimen yang menjadi lokasi tumpuan sama pada protes 2014. Pergerakan Payung meletus apabila pemprotes keluar selepas polis melepaskan tembakan gas pemedih mata terhadap…










