GEORGE TOWN – Pelancong merakam gambar yang berlatar belakangkan pemandangan kabur kawasan Butterworth berikutan keadaan jerebu yang melanda di negeri ini hari ini. Index Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam sekitar pada pukul 11 pagi tadi menunjukkan bacaan IPU bagi Seberang Jaya 78, Seberang Perai 80 manakala Minden dan Balik Pulau menunjukkan 81. Bacaan IPU keempat-empat kawasan berkenaan menunjukkan tahap sederhana. – Bernama










