SHAH ALAM – Proton Holdings Bhd. (Proton) melancarkan logo dan slogan terbaharunya iaitu Inspiring Connections dalam usaha menjadikannya sebagai jenama automotif moden di peringkat global. Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, logo baharu dengan lambang harimau dalam rekaan bulatan telah dikemaskini dengan diangkat tinggi seperti anak panah yang melambangkan kejayaan Proton untuk terus maju ke hadapan. Menurut beliau, Proton kini memasuki fasa seterusnya dengan penjenamaan baharu yang akan…










