INSTITUSI pengajian tinggi (IPT) Malaysia sedang melalui gelombang pemindahan minda, arah tuju dan autonomi selari dengan arus politik terbuka. Suasana keterbukaan ilmiah berlandaskan autonomi ini memberi kebebasan kepada masyarakat IPT mencarta hala tuju, menyuarakan pendapat, mengendalikan program dan berinteraksi dengan masyarakat luar atau setempat secara bertanggungjawab. Naratif baharu ini adalah antara usaha peningkatan kualiti berterusan (Continuous Quality Improvement atau CQI) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan bertujuan melahirkan kemenjadian pelajar IPT yang…










